Tuesday, 6 December 2011

Lambang tulisan fonetik Bahasa Melayu

Lambang tulisan fonetik Bahasa Melayu
ð – dh
ž - dz
Š – sy
ŋ – ng
θ – th
j - y
Л – ny
x – kh
Konsonan Sengauan

Huraian
Contoh
Bahasa
Perkataan
Sebutan
Erti
[m]
[m]
makan
/makan/
[ɱ]
[F]
tramvaj
[ˈtraɱvaj]
tram
[n̪]
[n_d]
connexion
[kɔn̪ɛksjɔ̃]
sambungan
[n]
[n]
ini
/ini/
[ɳ]
[n`]
[ɡəɳeʃ]
[ɲ]
[J]
hanya
/haɲa/
[ŋ]
Sengauan velar bersuara, biasanya ditulis ng.
[N]
siang
/siaŋ/
[ɴ]
Sengauan uvular bersuara
[N\]
富士山 (fujisan)
[ɸudʑisaɴ]


BUNYI BAHASA
Bunyi merupakan gelombang udara yang keluar daripada paru-paru seterusnya ke pita suara, rongga tekak dan keluar rongga mulut atau hidung. Bunyi bahasa pula merupakan bunyi yang berfungsi dalam pertuturan dan bunyi bukan bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi tetapi tidak dianggap sebagai salah satu bahasa di dunia ini. Contohnya bunyi batuk.
Bunyi bersuara dihasilkan semasa udara keluar melalui pita suara, pita suara agak rapat dan berlakulah getaran. Manakala bunyi tak bersuara pula dihasilkan semasa udara keluar melalui pita suara. Pita suara renggang atau terbuka dan tidak berlaku getaran. Pengelasan bunyi dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu vokal, diftong dan konsonan.
Asmah Hj Omar (1986)
Bahasa merupakan alay yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia lain yakni dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat di dalam tubuh manusia.
Bunyi Vokal
Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Bunyi vokal juga dikategorikan sebagai bunyi bersuara. Klasifikasi bunyi vokal ditentukan dengan kedudukan lidah dan bentuk bibir. Ini melibatkan rongga mulut semasa melafazkannya. Bentuk bibir dan saiz rongga mulut menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas.
Selain itu, bukaan lidah turut mempengaruhi bunyi vokal yang dilafazkan sama ada vokal depan, belakang atau tengah. Sekiranya lidah depan yang terlibat, maka bunyi yang dihasilkan adalah vokal depan, apabila bahagian lidah yang terlibat adalah bahagian belakang lidah, maka vokal yang dihasilkan adalah vokal belakang, dan apabila bahagian lidah dalam keadaan bersahaja, iaitu terletak di lantai rongga mulut dan berada dalam keadaan tegang maka vokal yang dihasilkan dipanggil vokal tengah. Secara keseluruhannya, pelabelan nama vokal ditentukan oleh kedudukan lidah, manakala jenis vokal pula ditentukan oleh bentuk bibir dan saiz rongga mulut.
Bunyi vokal dihasilkan dengan cara:
-Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan.
-Vokal ialah bunyi bersuara
-Untuk menghasikan vocal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa sekatan.
-Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir
1.             Vokal Depan
Vokal depan ialah bunyi [ i ], [ e ], [ e ] dan [ a ]. Alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah, saiz rongga mulut dan bibir. Manakala daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras. Vokal depan dapat dibahagikan kepada empat iaitu vokal depan sempit [ i ], vokal separuh sempit [ e ], vokal depan separuh luas [ e ], dan vokal depan luas [ a ].
1.             Vokal Belakang
Vokal belakang terdiri daripada bunyi [ u ], [ o ], [ ] dan [ a ]. Alat artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi vokal ini ialah lidah dan lelangit lembut. Rongga mulut dan saiz bukaan mulut menentukan kadar bukaan luas. Daerah artikulasi yang terlibat pula adalah lelangit keras. Vokal belakang boleh dikategorikan kepada vokal belakang sempit [ u ], vokal belakang separuh sempit [ o ], vokal belakang separuh luas [ ] dan vokal belakang luas [ a ].
1.             Vokal Tengah [ ]
Vokal tengah dihasilkan dengan melatakkan lidah pada lantai rongga mulut. Bibir terbuka tetapi tidak luas. Udara melalui rongga mulut menghasilkan bunyi vokal [ ]. Contoh penggunaan vokal [ ] ialah [ # ma? # ] (emak) dan [ # l bah # ] (lebah

No comments:

Post a Comment